Dua minggu lepas..., begitulah saya dikejutkan dengan pertanyaan salah seorang murid..., n then selepas melihat beberapa gambar yang menjadi VIRAL..., timbul kegelisahan dalam hati... apakah ini satu cubaan "suntikan pemikiran baru" terhadap apa yang TELAH JELAS DAN NYATA dalam hukum berasaskan mazhab Shafie....
Anjing merupakan antara makhluk ciptaan ALLAH yang padanya manusia DIDUGA sepertimana kejadian KHINZIR yang menjadi dugaan besar umat manusia hinggalah ke akhir zaman nanti bilamana Nabi Isa a.s akan memerintahkan penghapusan total khinzir pada zaman pemerintahannya kelak.
Berbuat baik kepada anjing tidak salah malahan itulah akhlak yang harus ada pada setiap muslim tetapi berbuat baik tidaklah bermakna kita perlu memeluk, menciumnya mahupun bermesra-mesra. Antara sebab mengapa mazhab Shafie begitu bertegas dalam soal anjing adalah kerana faktor kesihatan manusia itu sendiri...
- Air liur anjing mengandungi kuman yang boleh menyebabkan bisul pada manusia. Malahan kuman ini berupaya menjangkiti sistem dalam tubuh manusia dan akhirnya boleh membawa maut untuk suatu jangka masa tertentu. Walaupun terdapat juga kuman pada air liur haiwan lain tetapi kekuatan kuman yang ada pada air liur anjing adalah berbeza malahan ianya mempunyai keupayaan yang cukup unik
- Najis anjing juga boleh menyebabkan risiko buta mata kepada manusia
Lantaran itu, hubungan secara terus amat-amat dilarang kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti pemburuan dan faktor keselamatan.
Anjing memang haiwan yang setia. Malahan kesetiaan anjing ini dirakam dalam surah Al-Kahfi yang menjadi pengawal kepada pemuda-pemuda beriman yang melarikan diri ke Gua... Begitulah rakaman kesetiaan anjing yang diabadikan dalam Al-Quran - lantaran itulah hubungan kita dengan anjing adalah hubungan bersyarat yang ada padanya batasan dan keperluan tertentu.
Anjing memang haiwan yang setia. Malahan kesetiaan anjing ini dirakam dalam surah Al-Kahfi yang menjadi pengawal kepada pemuda-pemuda beriman yang melarikan diri ke Gua... Begitulah rakaman kesetiaan anjing yang diabadikan dalam Al-Quran - lantaran itulah hubungan kita dengan anjing adalah hubungan bersyarat yang ada padanya batasan dan keperluan tertentu.
Saya kira amatlah wajar penganjur menganjurkan program yang meliputi semua haiwan...program yang mengajar manusia muslim agar bersifat keehsanan kepada semua haiwan. Haiwan itu adalah makhluk ALLAH adalah amat wajar haiwan juga disayangi dan dilindungi dengan sewajarnya oleh manusia....
wanna touch a snake... u dare?
wanna touch a snake... u dare?
No comments :
Post a Comment