Saturday, November 10, 2012

Allah menjadikan penawar, kita yang mesti berusaha

Selepas terlibat secara "accidental" dengan FLP nie, saya mula melihat manusia (termasuk diri sendiri) dari sudut yang lain - dalam erti kata lain, kita semua sentiasa berdepan dan mengalami pelbagai ancaman dan juga permasalahan kesihatan.

Tertanya-tanya di dalam diri kenapa ada orang sihat, ada yang sakit, ada yang sejak azali sihat tetapi kemudiaan menjadi sakit dan ada yang sakit yang kemudiannya bebas dari penyakit mereka. Dan permasalah kesihatan orang tak sama dan pelbagai.

Begitupun, saya percaya, dalam setiap penyakit itu Allah akan ciptakan penawarnya. Dan penawar ciptaanNYA memang pelbagai, cuma kita yang mesti "rajin" dan tidak putus asa untuk terus mencuba.

Bagi yang telah mencuba pelbagai supplement (seperti saya sendiri) ataupun pelbagai jenis rawatan sehingga mencecah ribuan ringgit dan impaknya masih TETAP MINIMA, ada baiknya anda memberi ruang kepada Aloevera untuk membantu anda... Mungkin anda tidak memerlukan kos yang ribuan ataupun pembedahan untuk mengecapi kesihatan yang baik.

Sistem tubuh manusia memang unik.Mempunyai mekanisme pertahanan dari serangan penyakit. Masalah akan timbul apabila sistem tubuh mempunyai kerencatan tertentu ataupun disebabkan gaya hidup yang kurang sihat - pemakanan suka hati, kolesterol tinggi, merokok dsg. Lantaran itulah akan wujud pelbagai masalah kesihatan dalaman mahupun masalah kesihatan luaran - kulit berminyak, berjerawat dll.

Mungkin sesetengah orang akan kata saya hanyalah jurujual produk atau cuba mengaut keuntungan dari penyakit orang lain.., cuma apa yang boleh saya katakan, BERILAH DIRI ANDA peluang untuk merasai perawatan dari aloevera dan selepas itu bolehlah anda membuat komen terhadap diri saya..

Setelah mencuba sendiri dan mengamalkan pemakanan dari aloevera ini, alhamdulillah, kesihatan saya bertambah baik.., saya hanya sekadar berkongsi bahawa masih ada PENAWAR yang perlu anda gunakan dalam membina semula sistem tubuh yang sihat... Paling menggembirakan apabila cikgu Huda memberitahu emaknya sudah mulai pulih dari kesan strok manakala cikgu ad mengatakan ada improvement dalam masalah kesihatannya. Alhamdulillah

Ada baiknya juga jika anda membaca artikel Kenapa Perlu Menyertai Forever Living kerana di situ diterangkan kenapa saya amat menyakini inilah produk terbaik yang dapat membantu kesihatan yang baik.

No comments :

Post a Comment