Tuesday, November 20, 2012

Pengalaman Hampir ditipu Scammer...

salam..
Tak tersempat nak meng uptodate blog dalam seminggu nie... apapun saya nak bercerita bukan pasal produk tapi sindiket scammer yang menjalankan kerja penipuan terutama bagi mereka yang menjalankan online biz - lebih2 lagi yang nampak macam "freshie" walaupun sebenarnya dah lama kenal dunia biz online ini.

Pada 17/11 yang lalu dapat SMS dari sorang mamat yang menggunakan no. sarawak - yang kata berminat nak join jadi pengedar bersama auntie nyer dari Brunei. Haha.., excited lah juga bila ada yg nak join sama... n then saya bagilah sedikit penerangan berkenaan peluang niaga nie kat dia melalui emel...

n then dengan mamat nie hantar lagi sms yang mengatakan dia n auntie nyer bersetuju  nak jadik pengedar n then membuat order yang hampir RM 10 ribu. Bagi saya, alhamdulillah kerana ada orang Islam Melayu yg nak sama2 berbiz bukan kerana nilai wang tu hampir 10 ribu

n then semalam 20/11 hari yang dikatakan akan masukkan cek ke dalam akaun saya. Tapi yang nak uruskan nie pulak "Wati" - konon2nya PA kepada mamat Wan tue lah. Tetiba dalam tengahari saya dapat call daripada mamat Wan nie, ada masalah kat Bank sebab auntie nyer  bagi cek dalam matawang Brunei yang akan menyebabkan nilai wang menjadi berganda to more than 20k..,jadik sebab masa tu dia cakap dia kat airport untuk KK dia mohon jasa baik saya untuk tolong jelaskan duti stamp + cukai yang bernilai RM500....haha...di sinilah KESILAPAN mamat scammer tu... mamat "KEPARAT" yang kata run biz group nak bayar 500 hinggit pun xde duit..., lagi satu kenapa nak rush2... n then why i need to pay utk transaksi cek yang pihak bank akan uruskan sendiri... dia ingat senang agaknya nak tipu Cikgu....

Sebenarnya ini taktik yang banyak digunakan geng Nigeria pada zaman 80an.Dah masak benar dengan permainan scammer sebegini. Apapun, smg Allah memberikan kelaknatan kepada orang2 yang sebegini yang kerjanya asyik nak menipu dan merompak orang jer...

Mudah2an kepada rakan2 yang berbiz online tak tertipu dengan scammer sebegini..




No comments :

Post a Comment