Thursday, June 20, 2013

Bersama Kita Membantu Syria

Salam..
Hari nie off seketika bab Forever Living dan ingin mengajak saudara seagama di luar sana untuk sama-sama memahami isu di Syria..

Bermacam thread yang timbul dalam bab Syria.., ada yang kata "campurtangan asing" untuk menjatuhkan kerajaan Bashar, ada juga yang kata para pejuang di sana dibantu oleh kuasa Barat untuk dijadikan Kerajaan Boneka mereka selepas kejatuhan Bashar nanti dan sudah pasti ada yang menyokong perjuangan rakyat Syria.

Bagi yang belum memahami isu ini sepenuhnya, anda tonton sepenuhnya link video di atas. 

Krisis Syria mendedahkan siapa sebenarnya proksi kepada Israel. Amatlah jelas bahawa wujud lakonan tahap antarabangsa betapa Iran kelihatan bermusuhan dengan Amerika mahupun Israel sedangkan hakikatnya Iran mempunyai hubungan erat dengan Amerika dan juga Israel untuk mewujudkan Empayar Syiah Raya yang akan menjadi benteng kepada Israel.

Sejarah tidak melupakan pengkhianatan Syiah terhadap Islam. Bagi yang berminat nak tau pengkhianatan Syiah terhadap Islam, bolehlah google di internet. Cuma yang ingin ditegaskan adalah Iran bertanggungjawab membantu Amerika menumbangkan kerajaan Saddam Hussein di Iraq (Iraq sekarang dah dijadikan negara syiah dan wujud penghapusan terancang kaum sunni Iraq) dan membantu pencerobohan tentera Amerika ke atas Afghanistan.

Biarpun pelbagai media antarabangsa pro-Barat menyatakan akan membantu para pejuang di Syra, hakikat sebenarnya adalah mereka mengenakan sekatan terhadap kemasukan senjata kepada para pejuang dan membiarkan bantuan persenjataan terus-terusan diterima oleh kerajaan Firaun Moden - Bashar dan dibantu pula dengan kehadiran tentera dari Russia, China, Hizbullat dan Iran.

Bagi yang ingin menghulurkan apa jua bentuk bantuan kepada masyarakat Islam Syria, anda bolehlah ke FB Page Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria

Doakanlah Syria dalam setiap solat kita. Apa yang berlaku di Syria sekarang ini akan mengubah lanskap politik dunia pada masa depan. Dari Syria.., akan mengubah segala-galanya