Ianya berkaitan dengan kenapa baby menangis...., bagi yang baru melahirkan cahayamata dan sedang menerima kehadiran orang baru..., pengurusan baby yang masih kecil adalah antara satu cabaran yang cukup besar. Apatah lagi jika kedua-dua suami isteri adalah pasangan yang bekerja..., di sinilah pentingnya pengurusan stress agar kita tidak terlalu TENSION dengan tempat kerja dan juga dengan keadaan di rumah...
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )
Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.
Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya. ~* ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)
Mudah2an dengan ini, kita..terutama pasangan yang bekerja akan lebih sabar dalam melayani karenah baby mahupun anak2 kecil....sesungguhnya mereka itu adalah anugerah terindah dalam hidup kita.....
p/s... bagi yang nak mengurangkan stress...adalah disarankan untuk mengambil aloe vera gel atau aloe vera necta bersama dengan bee pollen.. Insya Allah..akan hadir rasa tenang dalam diri kerana sistem badan kita akan terasa "relax"
No comments :
Post a Comment